TELUR


Merupakan bahan makanan yang penting kerana kandungan nutrient yang lengkap. Kegunaan telur adalah pelbagai. Telur dapat digunakan sebagai hidangan utama, hiasan, agen penaik, pemekat, penyadur, penggilis dan memperkayakan masakan.

MakSud

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kegunaan telur sebagai ramuan makanan

Telur-telur burung merupakan sumber makanan yang biasa, khususnya telur ayam, itik, dan angsa, tetapi telur-telur yang lebih kecil seperti telur puyuh kekadang juga digunakan sebagai satu ramuan gourmet, sebagaimana dengan telur burung unta yang terbesar.

Kebanyakan telur ayam perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa sebarang ayam jantan. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. [1]

Telur masak dapat dibezakan daripada telur mentah tanpa memecahkan kulitnya melalui memutarkan telur tersebut. Inersia kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras adalah pepejal kerana penyahaslianprotein.

Telur dan Impak Kebudayaan

Sebilangan Tradisi popular di sesetengah tempat di dunia meraikan Easter (Hari Paskah) adalah dengan mendekorasi kulit telur yang sepenuh masak(pada kebiasaannya dekorasi dibuat dengan menggunakan taktik dyeing tetapi kadangkala turut menggunakan taktik semburan lukisan).Orang dewasa akan menyorokkan telur yang sudah didekorasi lalu meminta untuk kanak-kanak mencarinya,aktiviti ini digelar sebagai “Pencarian Telur Easter”.Tradisi mendekorasi warna telur turut mendapat sambutan perayaan masyarakat Parsi disesetengah tempat didunia, Misalnya perayaan Sambutan Tahun Baharu Parsi yang digelar Norouz sebelum Musim BungaEkuinoks,melalui perayaan ini setiap daripada ahli keluarga akan mendekorasi kulit telur sepenuh masak dan seterusnya menghimpunkan kesemua telur-telur itu dalam mangkuk.

Selain telur sebagai bahan makanan, kadangkala telur juga dibuat bahan balingan kearah rumah,kereta, dan orang ramai.Adegan ini pada kebiasaannya berlaku tatkala untuk meraikan sambutan Hari Halloween atau Hari Lahir Seseorang.Perkara ini biasanya dikenali sebagai Egging(Penteluran) dalam kebanyakan Negara-negara pertuturan Bahasa Inggeris (English-speaking countries), perbuatan seperti ini dianggap sebagai Minor Vandalism kerana kesan negetif yang mungkin diterima dari putih telur mampu merosakkan dinding rumah selain melunturkan warna kerena,juga mampu menyebabkan masalah mata yang serius jika terkena pada mata.Selain dari itu, telur juga turut menjadi bahan balingan untuk menandakan protes dan tunjuk perasaan bagi sesuatu perkara.

Dalam budaya Islam pula, telur seringkali digunakan bagi bahan makanan yang bermutu dan menyihatkan selaras dengan etikan pemakanan kesihatan Islam.Di negara Arab misalnya telur dijadikan bahan tambahan dalam proses membuat roti dan sebagainya.Bagi budaya masyarakat Melayu Islam pula, telur sepenuh masak pula dijadikan bahan buah tangan dan cenderahati kepada hadirin yang hadir dalam Majlis Perkahwinan seseorang.

Telur juga turut dijadikan bahan mujarab tradisional dalam menyembuhkan pelbagai penyakit misalnya pada penyakit sakit perut dan lemah badan.Telur juga turut menjadi medium perawatan dalam sesetengah penyakit mistik seperti saka yang berkaitan dengan serangan makhluk halus seperti Jin dan syaitan.

telur burung unta

telur - telur ayam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: